Latar Belakang Pusat Pengurusan Penyelidikan

Pusat Pengurusan Penyelidikan pada awal penubuhannya dikenali dengan nama Urusetia Penyelidikan Universiti telah ditubuhkan pada 21 November 2000 dan diletakkan di bawah bidang kuasa Bahagian Akademik. Urusetia ini dipertanggungjawabkan untuk mengurus dan mengatur rancangan aktiviti penyelidikan tenaga akademik USIM, termasuk menyediakan medium untuk sumbangan dalam bentuk kepakaran dan khidmat rundingan kepada organisasi atau badan-badan yang berminat.

Pada Disember 2003, Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Persidangan telah secara rasmi ditubuhkan dan dikeluarkan daripada Bahagian Akademik, menjadi satu Pusat yang berasingan. Langkah ini selari dengan perkembangan aktiviti penyelidikan dan persidangan Universiti yang semakin rancak dengan pertambahan tenaga akademik serta pertambahan program baru. Tanggungjawab pusat ini tertumpu kepada segala aktiviti yang melibatkan penyelidikan dan persidangan universiti.
 
Pada tahun 2008, Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Persidangan diubah namanya kepada Pusat Pengurusan Penyelidikan (PPP), walaubagaimanapun ia masih mengekalkan fungsi yang sama. Seiiring dengan masa dan perkembangan budaya penyelidikan di USIM, PPP terus menjadi pusat pengantara di antara penyelidik, pihak pengurusan universiti dan pembiaya penyelidikan. PPP terus berkembang di bawah teraju Dekan Penyelidikan dan Inovasi merangkap pengerusi Jawatankuasa Penyelidikan dan Persidangan Universiti (JKPPU).
 

VISI

Memperkasakan aktiviti penyelidikan  ke arah melahirkan para  cendekiawan yang tersohor dan penyelidikan yang berkualiti serta berimpak tinggi.

MISI

Memupuk kesedaran dan penglibatan  kakitangan akademik USIM secara menyeluruh  di dalam bidang penyelidikan serta mampu menghasilkan penyelidikan yang diiktiraf di peringkat nasional dan antarabangsa.

OBJEKTIF

  1. Menyediakan keperluan latihan yang mencukupi kepada kakitangan akademik dalam menghasilkan penulisan penyelidikan yang berkualiti serta berimpak tinggi. 

  2. Menyediakan perkhidmatan pengurusan penyelidikan dan persidangan yang pantas, sistematik, dan berkesan.

  3. Meningkatkan pencapaian dana penyelidikan Universiti sama ada dari dalam atau luar negara.

  4. Meningkatkan jumlah penyertaan kakitangan akademik di dalam mana-mana persidangan di peringkat    kebangsaan dan antarabangsa

 

 

Pusat Pengurusan Penyelidikan
                                    Aras 4,Bangunan Canselori,Universiti Sains Islam Malaysia, Bandar Baru Nilai, 71800, Nilai, Negeri Sembilan, MALAYSIA
                            Tel: +606-798 6647/6648/6649/78604, Faks: +606-798 8146, Emel: Alamat e-mel ini dilindungi daripada spambots. Anda perlukan JavaScript diaktifkan untuk memaparkannya.
                                                                            Login Webmaster Tarikh Kemaskini: 28 Jun 2016