USIM Raih Pingat, Anugerah dalam NRIC 2017

NILAI, 22 Ogos (Bernama) -- Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) meraih satu pingat emas dan perak, Anugerah Khas (Anugerah Penyampai Terbaik) serta dua pingat gangsa pada pertandingan Penyelidikan dan Inovasi (NRIC) 2017 yang berlangsung di Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang, baru-baru ini.

Pingat emas dimenangi produk 'Double Layered Roof Cooling System Controlled' (Kategori Kejuruteraan Teknologi) manakala Ainul Husna Yusoff menerima Anugerah Penyampai Terbaik menerusi produk itu dengan membawa pulang piala, sijil dan wang tunai RM750.

Ainul Husna, 23 berkata 'Double Layered Roof Cooling System Controlled' merupakan sistem penyejuk yang menggunakan tenaga solar untuk memberi manfaat kepada sesebuah bangunan yang mana ia mampu menyejukkan bangunan kepada suhu yang selesa seterusnya mengekalkan suhu itu setiap masa melalui fungsi automatik sistemnya.

Katanya produk ini juga berkeupayaan mengurangkan penggunaan kuasa elektrik kerana sistem berkenaan sudah meliputi keseluruhan bangunan berbanding ciri-ciri penghawa dingin sedia ada yang hanya dapat menyejukkan kawasan di mana ia dipasang.

Produk ini mengambil masa lebih kurang setahun untuk siap direka kerana menekankan aspek mesra alam dan pada masa sama memberi faedah kapada sesebuah bangunan, antaranya kepada penghuni rumah, kilang mahupun di kandang ternakan lembu, "katanya dalam kenyataan USIM di sini, hari ini.

Sementara itu, produk 'YAMME' (Kategori Transformasi Sosial dan seni Kreatif) memperoleh pingat perak, manakala 'Dentolight' (Kategori Perubatan dan Sains Kesihatan) dan Qalam Khat (Kategori Transformasi Sosial dan Seni Kreatif) masing-masing memperoleh pingat gangsa.

Turut dipertandingkan dalam pertandingan yang berlangsung pada 15 hingga 17 Ogos lepas adalah produk Al-Quran Waterproof dan Modul Fiqh OKU

Pusat Pengurusan Penyelidikan
                                    Aras 4,Bangunan Canselori,Universiti Sains Islam Malaysia, Bandar Baru Nilai, 71800, Nilai, Negeri Sembilan, MALAYSIA
                            Tel: +606-798 6647/6648/6649/78604, Faks: +606-798 8146, Emel: Alamat e-mel ini dilindungi daripada spambots. Anda perlukan JavaScript diaktifkan untuk memaparkannya.
                                                                            Login Webmaster Tarikh Kemaskini: 9 Oktober 2017